CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 6, 2009

KETIKA DAN KALIMAT



Sebelum aku masuk kelas Bahasa Dalam Multimedia, aku adalah dengar senior floor cakap, Dr. Normaliza tu, baik orangnya... Senang nak skor A dalam paper tu tapiiiii, dengan syarat semua kerja yang dia bagi kena buat dengan baik dan siap tepat pada masanya. Aku dengar je cerita pasal Dr. Normaliza, naik seram jugak dibuatnya. Yelah, macam mana kalau aku tak sempat siapkan kerja yang dia bagi, boleh mati aku. Hari berlalu dengan pantas. Baru je rasa habis belajar semester 4, tengok-tengok dah masuk sem ke-5. Hari pertama aku masuk kelas tu... Emm... Ramai jugak students, yelah subjek wajib bagi students Bahasa dan Linguistik Melayu. Tapi adalah dalam 5 orang dari students communication. Dia ambik subjek nie sebagai subjek elektif je... Maybe minat dengan courses nie kot. Dalam ramai-ramai budak tu, adalah sorang dua yang aku kenal yang lain tak pernah tengok pun. Tulah kali pertama aku kenal. Bagus jugak kalau belajar campur-campur course lain. Tak lah asyik tengok muka yang sama je. he...he...he...
Semasa aku asyik memerhatikan gelagat-gelagat kawan-kawan sekuliah, tiba-tiba masuk seorang lecturer yang dikenali seabgai Dr.Normaliza. Emmm...terpaku aku dibuatnya. Masuk-masuk je kelas terus bagi arahan. Garang pulak tu. Takut aku. Secara jujurnya aku memerhatikan ketrampilan Dr.Normaliza... cute... Dari gaya penampilannya terserlah bahawa Dr.Normaliza mesti aktif orangnya. Melihat kepada ketegasannya aku mula fikir, mesti kelas ni tak best pasal lecturernya terlampau tegas, serius, banyak kerja yang kena buat... Nie boleh dikatakan pertama kali aku menuntut ilmu dengan lecturer yang serius. Eiii... hanya tuhan yang tahu masa tu macam mana perasaan aku. Tak lama kemudian datanglah seorang lagi lecterur yang bernama Dr. Arbaie Sujud. Kalau Dr.Arbaie Sujud aku dah kenal. Pasal dia nie, Ketua Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM. Tak lama selepas itu, Dr.Arbaie Sujud memperkenalkan dirinya. Eh!!! tak sangka pulak yang diaorang nie kawan sejak zaman sekolah lagi. Lepas tu dapat jadi pensyarah kat UPM dan yang tak disangka-sangka dapat mengajar di fakulti yang sama. Mesti best kan...

Rupa-rupanya bukan Dr.Normaliza je yang mengajar untuk kuliah Bahasa Dalam Multimedia tetapi Dr.Arbaie Sujud turut mengajar. Tiba-tiba aku berasa lega apabila diberitahu bahawa Dr.Arbaie Sujud turut mengajar bersama. Aku pun tak tahu kenapa... mungkin perwatakan Dr. Arbaie Sujud lebih slow, mudah didekati atau apa-apa jelah... Tak lama kemudian, baru je beberapa minit... terus Dr. Normaliza memberitahu, apa yang akan dipelajari, cara dia mengajar, peraturan yang perlu dipatuhi. Selepas tu, pembahagian kumpulan. Yang nie paling aku tak suka... pasal aku tak berapa suka bekerja dalam kumpulan pasal belum tentu kerja-kerja dilakukan bersama-sama... Ala macam biasa mesti ada yang malas, ambik kesempatan tak buat kerja yang disuruh. Manusia ni macam-macam ragam. Manalah kita tahu kan. Bukan dapat baca fikiran diaorang pun. Bagi aku, baik kerja sorang-sorang... walau pun susah tapi hasil daripada kerja yang kita lakukan akan menyebabkan aku rasa puas hati. Tak payah gaduh-gaduh dengan kawan-kawan kalau pendapat berlainan tentang sesuatu. Kan susah namanya. Tapi aku kenalah dengar cakap Dr.Normaliza, tak pasal-pasal aku kena halau dari kelas dia. Tak mahu aku. Cari penyakit namanya.
Sebelum tamat kelas... Dr.Normaliza ada pesan, minggu depan dia nak nama kumpulan. Setiap kumpulan ada 6 orang ahli. Mesti cukup 6 orang kalau tak teruk kena. Emm... aku mula rasa agak tension. Yelah, orang lain ada jugak kawan. Aku Cuma berdua, nak cari 4 orang lagi ahli group bukan senang.. tapi mujurlah ada yang tak cukup ahli lagi. So aku masukklah kumpulan diaorang. Sebelum tu, Dr.Normaliza ada pesan supaya minggu depan perlu bawa magazines yang dah digunakanlah, gunting, gam, kertas A4, 6 keping dan tali reben... Emm... apa agaknya yang nak kena dibuat. Macam-macam aku fikir tapi kesemuanya salah. Kelakar juga kelas nie, suspen sangat-sangat pasal buat orang tertanya-tanya... Kenapa kena bawak barang tu untuk kuliah minggu depan. Nak buat apa. Apa kaitannya dengan Multimedia. Pelikkkk. Benda tulah yang aku fikir masa tu... So... pasal apa yang nak dibuat kena tunggu masa kuliah seterusnya. Lain kali aku tak nak fikir panjang-panjang. Nanti boleh hilang ingantan. He...he...he... Malam berganti siang dan siang berganti malam... Tibalah hari kedua... Mula-mula Dr.Normaliza menyampaikan kuliahnya tapi dia punya kuliah padat, tepat dan cepat.

Tak macam kuliah-kuliah lain yang mana pensyarahnya suka cakap meleret-leret. Kalau students faham tak apa jugak nak meleret-leret, ni tak sampai kadang-kadang tu aku langsung tak faham apa yang diajar. Rasa macam sia-sia je. Tapi aku kena faham yang aku nie students universiti bukannya budak sekolah lagi. Cara belajar di universiti berbeza... tak macam dulu-dulu lagi. Asyik dimanjakan oleh cikgu je. Berbalik kepada kuliah Dr.Normaliza. Emm... Aku mula rasa tertarik dengan cara dia menyampaikan kuliah dan cara mencatat nota. Meeeeeeemang pelik sangat-sangat, tapi tak lah pelik sangat pasal nama pun kuliah multimediakan. Hah, nak tahu apa... semasa beliau menyampaikan kuliah, kami semua menggunakan camera untuk mendapatkan nota yang disampaikan. Pasal kalau salin gunakan pen dan buku catatan belum tentu dapat salin nota kuliah. Apa taknya, cara penyampaian kuliah tu, laju sangat-sangat. Masa tu aku rasa nak marah pun ada. Bukan apa, kamera aku rosak. Kalau nak ambik gambar mesti tak nampak tulisan kat skin. Jadi payahlah sikit. Kesian kan...

Walau bagaimanapun, aku tak putus asa, tak kan nak marah kat lecturer pulak. Kan... kan... tu kurang ajar namanya. Aku tetap salin juga nota tu sampai tak faham apa yang aku tulis. Padahal itu tulisan aku sendiri. Nampak sangat dengan jelas yang aku terpaksa cepat-cepat salin nota pasal takut Dr.Normaliza tukar slide lain. Sabar jelah. Kenapa payah sangat nak dapatkan nota. Sampai kena guna kamera. Bukan semua orang ada kamera sendiri. Nak beli kamera digital bukan murah. Mahal tu... Apa salahnya bagi je budak-budak nie copy nota. Kan senang.... macam-macam aku fikir masa salin nota tu, buat dosa je fikir negatif pasal Dr.Normaliza. Maybe Dr.Normaliza ada pendekatan dia sendiri tapi bagi aku lain. Aku suka kalau pensyarah bagi nota, so sebelum masuk kelas boleh lah study dulu.. Nota pun tak tercicir, semua dapat. Tapiiiiiii. Kadang-kadang betul juga tindakan Dr.Maliza tu... jangan ajar manja sangat dengan students nanti naik lemak. Paaaayah...

Payah nak didik kalau diaorang tak dengar cakap. Perangai dan tingkah laku Dr.Normaliza mengingatkan aku kepada cikgu Prinsip Akaun. Masa tu aku Sekolah Teknik Wakaf Tembusu. Dia punya garang dan tegas hanya Tuhan yang tahu. Lebih dasyat daripada Dr.Normaliza. Walau bagaimanapun, aku bangga dapat menuntu ilmu dengan cikgu tersebut yang dikenali sebagai cikgu Rosfatmawati kerana dialah aku mendapat A1 dalam subjek tersebut. Sungguh pun pada mulanya aku langsung tak meminati subjek tersebut tapi Alhamdulillah aku mencapai kejayaan. Jadi aku berharap dengan tindakan Dr.Normaliza terhadap anak-anak didiknya membuahkan hasil. Lepas salin je nota, kami diarahkan berkumpul mengikut kumpulan. He...he...he... Nama kumpulan diberi Wonderpets. Kelakarkan... pelik-pelik nama kumpulan budak-budak ni sampai Dr.Normaliza pelik mendengarnya. Ada yang mengelari kumpulan mereke sebagai Single Is Better, Shin Chan, Duo, K.A.M.I. Unikkan nama kumpulan diaorang.

Mulalah kerja pertama kami. Kitaorang kena gunting gambar dalam majalah, kemudian tampal kat kertas A4, mengikut asas grafik iaitu, keseimbangan, warna, teks, kesesuaian dan ringkas. Seronok sangat-sangat buat kerja nie. Dahla tu riuh budak-budak nie. Macam buat pertandingan apa je pasal Dr.Normaliza dia bagi masa. Tak boleh hantar lepas pukul 2. Dia tak kan terima kitaorang punya kerja. Haaaaah... tension kan. Apa tak nya takut tak sempat siap. Tak kan nak dapat kosong markah. Betul tak?... Dan satu lagi... Ooooiii. Dr.Normaliza nie cerewet jugak orangnya macam aku. He...he...he... Semasa tampal gambar kat kertas A4 pastikan tak ada sebarang kesan kekotoran yang tertinggal, macam iklan sabun DAIAlah pulak. He...he... he... dan yang paling penting tak boleh ada gelembung udara. Iskkh...iskhhh... kena berhati-hati, kalau kita buat silap nanti marah budak-budak kumpulan. Tu aku tak suka kerja berkumpulan. Jam dah menunjukkan hampir pukul 2...

Akhirnya kumpulan kami adalah kumpulan yang pertama menyiapakan tugas tu. Wah! lega sangat-sangat. Kami ni macam lipas kudung. Bergegas ke bilik Dr.Normaliza untuk hantar kerja tersebut. Emmm... Barulah aku dapat rasa macam mana keadaan bekerja dalam tekanan. Agak tension tapi bagus. Sebab kalau Dr.Maliza tak tetapkan masa untuk menyiapkan kerja tersebut, belum tentu aku siapkan kerja tersebut dalam masa yang terdekat. Mulalah kerja semakin banyak. Oh... lupa.. masa kitaorang buat asyik buat kerja, Dr.Normaliza memperkenalkan dua orang pengajar tutorial iaitu cik Alia dan Cik Nurul. Kemudian kami diarahkan untuk memilih kumpulan tutorial... tapi masa tu tak tahu lagi sape yang mengajar kumpulan mana. Aku nak sangat dapat kelas cik Nurul pasal bila aku tengok cik Alia, Ya Allah, bengisnya. Lagi serius daripada Dr.Normaliza, boleh luruh jantung nie. Harap sangat tak dapat kelas dia. Dah lah Dr.Normaliza tu tegas jugak.

Ada kelas tutorial pulak. Leceh betul. Dah lah dua jam. Jumlah kredit 3 jam je tapi kena belajar 4 jam. Tak ada masa rehat langsung. Dahlah final year. Kelas Multimedia nie macam-macam kerja yang kena buat. Ok... cerita seterusnya... Di waktu kelas tutorial...waduh-waduh... rupanya cik Alia yang ajar aku. Kerja pertama untuk tutorial tu, buat multimedia. Yang aku tak suka masa buat tugasan ni, cik Alia tiba-tiba je suruh kitaorang cari tajuk untuk multimedia. Tapi dengan syarat tajuk tu mestilah tidak sama dengan tajuk yang telah dibuat oleh kawan-kawan dari kumpulan yang sebelumnya dan mestilah berkaitan dengan isu dunia. Kiranya isu semasa yang terkinilah. Tak ke susah tu.He...He... He... dahlah aku ni kurang baca surat khabar, tengok tv pun lagi lah tak. Lagilah susah nak difikirkan. Masa cik Alia bacakan tajuk yang budak-budak kelas sebelumnya buat, tiba-tiba ada tajuk yang aku nak buat tapi dah ada yang buat. Geram sangat-sangat.

Aku ingatkan nak buat tajuk masalah kebuluran kat negara miskin tapi nasib tak menyebelahi aku. Jadi aku terpaksa fikir tajuk lain... Tak lama kemudian, sesiapa yang dah fikirkan tajuk yang sesuai kena bagi tajuk tu kat cik Alia dulu. Takut-takut tak ok. Kalau tak ok kena tukar. Masa tu, ramai yang dah dapat fikirkan tajuk masing-masing tapi aku belum lagi. Lagilah aku mengelabah. Macam mana nie, nak buat tajuk apa... Mujurlah tak lama kemudian terlindas di fikiran pasal kenaikan harga barang. Aku pun apa lagi, cepat-cepat pergi tulis tajuk tu kat cik Alia. Takut-takut tajuk yang aku nak buat sama dengan kawan-kawan sekelas. Alhmadullilah... tajuk tu belum ada orang yang buat. Lega sekejap. Masa tiba hari pembentangan satu masalah lagi. Bilalah aku nak hidup dengan tenang, asyik tertekan je... Apa tak nya, masa masukkan aku punye kerja tiba-tiba lagu dalam multimedia tak keluar. Bimbang sangat-sangat... pasal cik Alia pesan pastikan masa pembentangan tu, semua berjalan dengan lancar. Tak nak ada sebarang kesilapan.

Mujurlah kawan aku tolong, akhirnya keluar juga lagu. Apa yang aku tak puas hati sekarang. Kenapa masa aku cuba kat laptop aku ok je tapi bila sampai kat pc terus hilang lagu, tak ke gerammmm... Tibalah giliran aku membentangkan hasil kerja yang penat sangat-sangat buat walaupun kita tengok macam senang je nak buat. Sebenarnya tak... tambah-tambah lagi aku ni jenis yang cerewetlah juga. Kalau boleh nak semuanya perfect. Boleh je kalau aku nak buat cepat tapi hasilnya tak seberapa. Sebelum siapkan aku punya mulitmedia berapa kali aku edit sampailah aku betul-betul puas hati. Masa pembentangan tu, lagu keluar lambat, slide ke-3 baru berbunyi. Ya Allah, rasa macam nak pengsan pun ada. Bimbang sangat-sangat. Past tu cik Alia bagi warning, kalau lagu keluar lambat jadi markah pun akan dipotong. Tak ke sedih aku mendengarnya. Bukan salah aku, salah lagu tulah. Sape suruh keluar lambat.he..he..he... Rasa geli hati bila teringatkan hal ini semula. Macam-macam hal.




Hah... ada satu cerita yang aku rasa tak patut cik Alia buat kawan-kawan aku macam tu. Nak dijadikan cerita,lepas aku selamat membentangkan hasil kerja aku, tibalah giliran kawan-kawan yang lain. Masa kawan aku bentangkan dia punya kerja, tiba-tiba slide tu tak keluar lagu, tak tahu kenapa. Padahal sebelum tu, dia dah try buka. Ok je, ada je lagu.. Cik Alia terus panggil orang lain. Aku dapat bayangkan, betapa sedihnya dia... Kenapalah cik Alia tak tengok je dia punya slide. Sekurang-kurangnya dapat juga tengok cara dia mempersembakan isi dengan gambar-gambar yang berkaitan. Ni tak, pasal lagu je, terus tak dapat bentang. Rasa macam kejam je... Dah lah penat nak siapkan benda ni, bukan senang. Tup... tup... tak diterima, kosong markah. Adalah dalam 3 orang yang tak dibenarkan membentangkan kerja mereka pasal masalah tadilah. Sebelum tamat kelas tutorial hari tu, diaorang adalah memujuk cik Alia tapi cik Alia buat tak tahu je. kesian kan.

Nasib baik aku tak jadi macam diaorang, kalau tak mesti aku dah menangis dan tak ada minat nak belajar kelas mulitmedia lagi. Ok, aktiviti berikutnya untuk hari seterusnya di kelas Dr. Normaliza. Masa tu kami diarahkan untuk menyiapkan sebuah majalah dengan hanya menggunakan pensel warna, kertas lukisan dalam masa yang agak suntuk bagi aku. Yelah, bukan senang nak buat majalah nie. Nak kena fikir apa tema dia, nak kena buat lakaran kasar dulu. Macam-macam dan yang paling aku tak suka adalah kena melukis, bukan guna komputer. Seratus peratus hasil tangan. Mantap... Walau bagaimanapun aku sahut cabaran Dr.Normaliza... Wonderpets mesti bolehnya. Kitaorang pun fikirlah apa tajuk yang nak dibuat pasal tajuk yang hendak dibuat mestilah tidak sama dengan kumpulan yang lain, macam biasa... Kami cepat-cepatlah tetapkan tajuk iaitu Seri Pengantin. Macam nak kahwinlah pulak. Mula-mula aku tak berapa setuju nak buat tajuk tu, yelah apa tak nya. Ingat senang ke nak lukis pelamin, barang-barang hantaran, pakaian pengantin. Paaaaaaaaayah tu...

Aku pun tak nak merumitkan keadaan, terima je apa yang diaorang nak. So, aku cakaplah yang aku memang tak pandai melukis, jadi aku buatlah kerja lain. Aku mewarna, dan buat teks... Kadang-kadang kesian jugak kat kawan aku nie, dia je yang lukis. Orang lain tak berapa pandai melukis. Tapi kami cuba jugak lukis apa yang mudah. Misalnya aku lukis cincin, pintu gerbang pelamin... tak lah tension sangat. Saling bantu-membantu, barulah kerja jadi mudah. Hah... macam biasa... buat kerja dalam keadaan tertekan... kena cepat-cepat pasal masa tak tunggu kita, kita yang perlu kerja masa. Baru tahu bertapa pentingnya masa tu. Selamanya nie suka je buang masa. Buat kerja last minute... students U memang macam tu. Esok nak buat kena hantar assignment, malam tu baru nak siapkan. Waaaaaa... rasa nak menangis pun ada. Dah lah masa tu aku pening kepala. Bila hantar kerja tu kat Dr.Maliza, Dr.Normaliza cakap “hah.. cantik pun”. Lega sekejap. Hilang pening kepala. Heee.... Sampai je kat kolej, terus tidur...

Aktiviti seterusnya yang membuatkan aku agak tension tapi happy. Macam mana tu, aku pun tak tahu. Heeeee... Selama tiga minggu kami diarahkan untuk menyiapkan sebuah kalendar meja. Adui... lepas satu, satu kerja yang timbul. Tak tahu bila boleh rehat. Dengan assingment lagi, projek paper yang entah bila siap, pasal nak siapkan kerja ni dulu. Kalau lambat siap kena potong markah. Tension kan.. kan.. kan... aku harap sangat aku nie bukan students final year. Baru lah best belajar kelas ni. Boleh jugak bahagikan masa. Kenapalah subjek ni kena belajar masa final year. Waaaaaaaa..... Sebenarnya best subjek nie kalau ada masa. Sebab macam-macam boleh belajar. Tak bosan macam kelas lain. Asyik salin nota, hafal nota kemudian exam... Mulalah kerja membuat kalendar. Emm... susah jugak rupanya nak buat kalendar nie. Nak kena pilih background yang sesuai, kalau tak nanti teks tak nampak. Nak kena edit gambar. Hah!!!! memang susah sangat-sangat mula-mula nak edit gambar.

Yelah selama ni tak ada pulak main edit mengedit gambar nie. Satu lagi masa edit gambar tu, cik Alia pesan pastikan gambar yang diedit tu cantik. Tak nak nampak sebarang kecacatan. Aku pun buatlah dengan tekun sampai tak tidur malam, sampai tak buat projek paper. Yang tu aku sedih sangat. Aku tekad juga nak siapkan kalendar secepat yang mungkin pasal nak buat kerja lain lagikan. Dengan kolej punya aktiviti lagi. Teruk memang teruk jadi students nie... Buat punye buat kalendar nie akhirnya siap pada masanya. Awal seminggu aku siap. Kemudian cik Alia semak hasil kerja kitaorang. Sorang demi sorang, mujurlah aku punya kalendar tak kena komen, kalau tak menangis aku. Apa tak nya... Selagi cik Alia tak luluskan kitaorang punya kalendar selagi tu tak dapat nak print dan hantar tugasan tersebut. Emm.. Tiba masa nak pergi print adalah sorang kawan nie bagitahu, sape-sape yang buat kalendar saiz A5 kena edit semula pasal kedai tu tak ada saiz berkenaan.

Naik minyak aku bila dengar... tension... tension... tension... sangat... aku ingatkan kerja dah beres.. rupanya kena buat kerja dua kali. Kalau boleh copy and paste ok jugak. Nie nak kena edit lagi, pasal saiz dah bertukar. Jadi kena sesuaikan dengan saiz yang baru. Dahlah esok nak hantar kat kedai, kalau hantar lambat-lambat tak sempat siap. Jadi aku gagahkan diri untuk siapkan jugak kalendar tu... balik je dari kuliah terakhir untuk hari tu... terus buka laptop. Nak siapkan kerja. Penat tu memang lah penat. Perasaan geram tu tak tahu nak cakap macam mana. Macam orang bodoh pun ada. Tapi bila dah siap buat kalendar, rasa macam puas hati sangat-sangat sebab aku dah belajar benda baru yang boleh dimanfaatkan untuk hari mendatang. Nanti-nanti tak payah nak beli kalendar lagi. He...He...He... boleh buat kalendar yang kreatif lagi. Siapa ada gambar dengan kata-kata hikmah lagi. Cantikkkk... Ada jugak kenangan... Tapi mahal jugak harga print kalendar ni. Mujurlah ada duit, kalau tak susah juga. Selesai sudah tugasan kalendar.

Emm.. Apa lagi eh pengalaman masa dalam kelas Mulitimedia... Aaa... Adalah satu hari tu, kuliah Dr. Normaliza digantikan dengan kuliah Dr.Arbaie Sujud. Memang cara diorang mengajar berbeza sangat-sangat. Dr.Arbaie just bagi kuliah je. So kitaorang dengar je. Eh!!! bukan aku nak mengumpat tapi nak luahkan apa yang aku rasa sepanjang kuliah tu... Kelas multimedia kul 12 sampai kul 2... Ya Allah... ngantuk sangat-sangat masa dengar kuliah Dr.Arbaie... kuliah tu bagus. Dia kongsi pengalaman dia, bagi penerangan pasal papan cerita tapi rasa mengatuk tulah yang menjadi masalah. Masa dia bagi kuliah, kitaorang sibuk ambik gambar kat slide tu. Dr.Arbaie rasa pelik so dia tanyalah kenapa kitaorang busy je ambik gambar. Geli hati aku dibuatnya. Barulah Dr.Arbaie tahu kisah sebenar... Lepas tu, Dr.Arbaie cakap tak payah ambik gambar nanti dia bagi nota tu just copy je. Yang ni aku paling suka. Bukan malas tapi aku suka kalau dapat nota yang pensyarah tu ajar.

Jadi dapat study semula kalau-kalau ada yang tak berapa nak faham atau tak faham langsung. Heeee... dan apa yang penting, nota yang lengkap memudahkan urusan peperiksaan. Tapi aku rasa suasan pembelajaran sangat berbeza. Secara jujurnya aku lebih suka kelas yang diajar oleh Dr.Normaliza walaupun selalau berada dalam keadaan agak tertekan. Aku rasa masa lambat je berlalu.... tapi kalau dalam kelas Dr.Normaliza... tak cukup masa. Pasal selalu ada aktiviti yanag menarik tapi kena siapkan dalam masa yang singkat. Sebab tu budak-budak kelas tu tak ada masa nak tidor dalam kelas. Heee... kalau tidor jawapnya telur ayamlah markah yang dapat. Betullah kalau kelas just dengar kuliah memang tak berapa berkesan untuk students. Lebih baik sekiranya kuliah tu disertai dengan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan apa yang diajar pada hari tersebut. Dengan ini, ia sedikit sebanyak meninggalkan kesan kepada budak-budak nie.

Kalau setakat dengar kuliah je, belum pasti apa yang didengar tu dapat diingati buat selama-lamanya. Seingat aku, Dr.Arbaie hanya masuk kelas tersebut sebanyak tiga kali. Yang pertama semasa sesi pengenalan kuliah bersama Dr. Normaliza, past tu kelas pasal papan cerita dan yang terakhir sambungan daripada kuliah papan cerita. Hah!!!!!!!!!!!!!!!! ni ada satu lagi pengalaman nak dikongsi bersama. Kelas berikutnya bersama Dr.Arbaie... hari sebelum tu, Dr.Arbaie ada bagi tugasan berkumpulan. Tugasan tu tentang penyediaan papan cerita. Kami buat apa yang kami faham tapi rupa-rupanya salah. Dr.Arbaie selum memulakan kuliahnya kami dimarahi dahulu. Walaupun nadanya tak sekuat mana tapi kami tahu dari cara dia menyampaikan kata-kata menunjukkan Dr. Arbaie memang tak puas hati dengan tugasan yang disediakan oleh kami. Mungkin salah kitaorang juga pasal tak tanya betul-betul. Bila tanya faham terus jawab faham... Boleh buat ke tak? Boooooleh... Jadi memang salah kami.

Masa kitaorang kena nasihat, seram sejuk aku di buatnya. Apa tak nya nie lah kali pertama aku tengok Dr.Arbaie marah. Takut jugak... kalau orang yang dah biasa marah, tak lah takut sangat. Tapi bila orang yang tak pernah marah tiba-tiba je marah. Hah tu masalah. Kami pun dengar nasihat yang diberikan. Sedih juga bila kena marah... Lepas tu aku tak serempak lagi dengan Dr.Arbaie sujud... pasal... nie lah kelas terakhir beliau. Eh!!!! lupa pulak nak cerita pasal pengalaman yang agak lucu. Hari tu, adalah... emm macam mana ekkk nak bagitahu. Emm... Hah!!! ada suatu hari, sepatutnya Dr.Arbaie Sujud punya turn untuk ajar kitaorang tapi entah kenapa Dr. tak dapat masuk kelas. Maybe ada meeting dengan orang atasan ataupun sebab-sebab tertentu. Dr.Arbaie ni memang busy orangnya, apa tak nyee.. dia kan ketua Jabatan Bahasa Melayu. Mesti banyak kerja. Dah kira beruntung dia mengajar kitaorang, kongsi ilmu bersama-sama. Ok.. apa yang lucu berlaku pada hari kejadian?????

Jam dah menunjukkan pukul 12 tengah hari. Tiba-tiba Dr.Normaliza yang masuk mengajar... taaaaapiiiii masih ramai yang belum masuk kelas. Hah!!!!! nie nak cari pasal. Heeee... Suka-suka hati je masuk lewat, padahal sebelum nie tak pernah masuk lewat seminit pun kelas. Yelah... tu dah kira jadi peraturan kat kelas Dr.Normaliza. siapa-siapa yang masuk lewat walaupun sesaat, dia tak dibenarkan untuk masuk kelas. Satu lagi, dia tak suka tengok muka yang sama duduk kat kerusi belakang sekali. Jadi kitaorang nie, selalu je berebut tempat duduk, so sweet. Heee kelakar betul. Sebelum ni, sepanjang aku berkuliah tak pernah nak berebut tempat duduk. Pensyarah lain tak kisah budak-budak nie nak duduk kat mana pun. Lantak hang lah. Nak dijadikan cerita... adalah berapa kumpulan yang masuk lewat 15 minit, kalau tak silap aku kumpulan Single Is Better.... Kesemua ahli kumpulannya masuk lewat. Masuk-masuk je dioarang kat dalam kelas, terus berubah air muka. Terkejut...

Yelah diaorang ingatkan Dr.Arbaie Sujud yang mengajar. Heeee... kesian. Jadi kena marah lah tapi Dr.Normaliza marah-marah pun, marah sayang je... Kitaorang masa tu, sibuk buat kerja yang Dr.Normaliza bagi tapi kitaorang jadi terpandang diaorang. Tak buat kerja padahal kerja tu kena hantar hari tu jugak... Kerja kita orang masa tu adalah buat bill board. Nak kena fikir idea lagi, idea tu mesti yang orang lain belum buat... Yang tak ada kat pasaran lagi. Payah kan tapi seronok sangat-sangat. Sambil buat kerja sambil tengok gelagat budak-budak tu. Dr.Normaliza denda diaorang. Diaorang kena bagi pantun dua kerat kalau nak duduk. Pantun tu mestilah pasal minta maaf sebab lewat masuk. Kelakar betul... Dahlah budak-budak lelaki semuanya. Pandai ke berpantun. Rupa-rupanya pandai jugak. Tapi semua pantun diaorang kelakar sangat-sangat. Nak duduk punya pasal macam-macamlah yang diaorang merepek. Memang unik dan kreatif pantun budak-budak nie. Boleh wakil kolej untuk pertandingan pantun. Mesti jadi juara. Heeee...

Ok... pengalaman yang nak dikongsi seterusnya adalah pasal pergi rumah anak-anak yatim. Emm pada mulanya aku pelik jugak. Kenapa mesti pergi rumah anak yatim. Apa kaitannya dengan kelas Multimedia. Macam dah tukar ke kelas Bakti Siswa, sesuailah jugak program tu. Bukan senang nak pergi rumah anak yatim tapi best sebenarnya. Sekurang-kurangnya kita boleh kenal dengan diaorang, tahu macam mana kehidupan sebagai seorang anak yatim. Yang menjadi masalahnya sekarang, nak cari tempat, nak kumpul duit lagi untuk sewa kereta, untuk makan, untuk beli hadiah. Hah!!! sebut pasal duit. Aku rasa kelas nielah yang paling banyak sekali mengeluarkan duit tapi tak apalah pasal ilmu kita tak boleh kedekut dengan duit. Kalau duit banyak-banyak pun nak buat apa. Betul tak??? Baik kita guna untuk benda yang berfaedah. Mulalah perjuangan kami.Heee... Mula-mula kitaorang lantik board. Aku dilantik menjadi SU dengan biro pengangkutan. Waduh-waduh kena jadi SU pulak, dahlah kerja berlambak-lambak sampai tak terbuat. Nie nak kena buat proposal lagi.

Aku pun buatlah proposal dengan bantuan rakan-rakan seperjuangan. Heee... Kitaorang pun hantar proposal tu.... tapi Dr.Maliza tak ada kat dalam bilik jadi kitaorang tinggal jelah kat dalam kotak bilik depan dia. Keesokkan aku dapat panggilan daripada kawan sekumpulan. Ya Allah tension sangat-sangat masa dapat tahu yang kitaorang punya prosposal tak diluluskan, tak lengkap... jadi kena buat yang baru. Maybe pasal tak masukkan item perbelanjaan kot. Sebab tu kena tendang... Buatlah semula dengan harapan ok lepas nie. Pasal selagi proposal tak ok, kitaorang tak boleh pergi melawat rumah anak yatim tu, kiranya macam tak dapat kebenaranlah... Hah!!! nie nak kongsi pengalaman masa hantar proposal yang terbaru. Kawan aku bagitahu kul 9 pagi Dr.Normaliza ada kat bilik so bolehlah jumpa dia. Aku nie pun pergilah, bila pergi tengok-tengok Dr. tak ada kat bilik. Telefon-telefon tak angkat. Lepas tu dapat tahu yang Dr.Normaliza lupa yang kitaorang ada buat temu janji dengan dia. Lepas tu pulak kitoarang dipersalahkan pasal tak telefon awal-awal ingatkan semula.

Aku nie dahlah tension pasal projek paper, penyelaras projek dah marah-marah pasal tak jumpa dia lagi. Emm... macam-macam hal. Baliklah semula, kul 2 petang baru datang balik. Baliklah dengan perasaan yang hampa... ingat boleh selesai semuanya pagi tu jugak tapi tak jadi. Kena tangguh lagi kul 2 petang. Tunggulah pukul 2 petang. Aku pun pergi lagi. Bila dah sampai depan pintu bilik Dr. Normaliza, tengok-tengok tak ada orang. Kawan-kawan ahli kumpulan lain ke mana? Kenapa tak sampai lagi... nanti kalau lewat kena marah. Kan Dr. tak suka orang tak menepati masa. Aku pun telefonlah budak-budak nie. Boleh diorang cakap tak jadi pasal Dr. Normaliza tak berapa sihat. Waduh-waduh rasa nak menangis je... apa tak nye, penat jugak dari kolej ke fakulti... dah lah dua kali berturut-turut. Kenapa tak cakap awal-awal. Tension-tension. Memang tension. Kena tangguhlah... jadi tak sempatlah pergi rumah anak yatim pada tarikh yang telah ditetapkan, kena tunda hari lain pasal tak selesai lagi masalah nie. Susahkan nak pergi rumah anak yatim. Susah memang susah.

Tibalah hari nak hantar proposal. Dah buat temu janji baru dengan Dr. Eh!!! Eh!!! masalah baru pulak timbul... ke mana hilangnya ahli kumpulan sorang lagi. Call2 tal dapat... kan dah tahu hari nie nak jumpa Dr. Normaliza. Kenapa boleh lewat jugak datang. Budak-budak lain dah lama sampai. Dah lewat 15 minit. Terpaksalah kami tunggu kat luar bilik Dr. pasal ahli kumpulan tak cukup. Ni dah kira beruntung Dr. tak suruh kami balik je pasal tak tepati masa, kalau tak boleh mati aku dibuatnya....Tunggu punya tunggu datang jugak budak tu.. barulah boleh masuk. Lepas tu timbul pulak masalah baru. Dr. tak puas dengan ahli kumpulan kami pasal sepanjang aktiviti macam tak ada yang tetapkan siapa ketua yang uruskan, siapa yang terlibat jugak dengan anak-anak yatim. Jadi kami diberi 15 minit untuk tentukan... Akhirnya selesai pembahagian tugas dan Dr.Normaliza meluluskan proposal kami. Fuhhh... lega sangat-sangat akhirnya selesai jugak. Memang seronok sangat pergi melawat anak-anak yatim. Semuanya memberi kerjasama sepanjang program dijalankan. Barulah aku tahu, kenapa Dr. Normaliza memberikan tugasan sedemikan kepada kami... pengalaman tu sangat bermakna.

Nie nak kongsi pengalaman yang terakhir. Pengalaman yang terakhir nie ada kaitan dengan tugas terakhir dari kelas Dr. Normaliza... Ha... Ha... Ha... iaitu setiap seorang perlu membuat tajuk ketika dan kalimat, perlu tulis, ape perasaan dan pengalaman yang dirasakan oleh diri anda sepanjang kelas BBmM 3410. Dahlah tu 10 muka surat pulak kena buat. Dan yang paling mengejutkan aku, aku jelah. Orang lain aku tak tahu macam mana diaorang punya reaksi bila dapat tahu yang kerja ni hanya boleh buat selang sebaris. Macam nak buat cerpen je tapi buat cerpen pun guna langkau 2... Emmm... Masa tu aku memang marah sangat-sangat. Bukan senang nak buat. Pelik sangat-sangat. Kenapa perlu buat benda nie. Aku baru je nak buat projek paper. Dahlah minggu ke-16 kena hantar yang betul-betul dah siap. Jadi terpaksa korbankan masa untuk siapkan tugasan nie. Ingatkan dah tak ada kerja lagi. Aku ni pun bangunlah pagi-pagi buat kerja. Pasal karang- mengarang ni biasa kalau pagi-pagi buat baru senang... kalau buat tengah hari dengan malam jawabnya tak siaplah. Tidur adalah.

Mula-mula aku tak buat pasal nak siapkan projek paper dulu tapi bila dah tengok budak-budak nie dah siap jadi aku pun berusaha buat. Bila buat, seronok pula rasanya pasal boleh tulis apa sahaja rasa tak puas hati. Kira macam luahkan perasaanlah. Aku tak kisah dah apa yang aku tulis. Pasal Dr.Normaliza cakap perasaan dan pengalaman. Apa lagi aku pun luahkan lah segala-galanya yang tersimpan selamanya. Secara kesimpulannya pasal dah sampai muka surat ke-10. Heeeee.... kelas Bahasa Dalam Multimedia memang best sangat-sangat walaupun kerja yang diberi memang mencabar dan banyak sangat-sangat. Tapi yang penting, macam-macam yang aku telah aku belajar... buat kalendar, buat blog, buat multimedia... rupa-rupanya kerja dalam tekanan nie bagus jugak. Semua kerja yang perlu disiapkan dalam masa yang singkat akhirnya dapat disiapkan. Kita je yang selalu suka tangguhkan kerja. Sebab tulah bila suruh buat kerja kemudian hantar terus macam-macam alasan diberi. Ok lah... apa-apa pun i love you Dr.Normaliza. kepada Cik Alia aku sayang kamu. Terima kasih kerana banyak membantu dan mendidik kami.


0 comments: