CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, April 6, 2009

PENERBITAN AKADEMIK




Dr. Arbak sangat aktif dalam bidang penerbitan akademik, sesuai dengan jawatan yang disandangnya sebagai seorang pensyarah di fakulti Bahasa Moden dan Komunisi, UPM. Penglibatan beliau dalam bidang penerbitan akademik sudah tentu memberikan manfaat kepada anak bangsa kita. Beliau sangat aktif dalam bidang tersebut sejak tahun 1974 sehinggalah ke hari ini. Di sini saya sertakan beberapa hasil penerbitannya dari tahun 1974 sehingga tahun 2005.


  • “Pengajaran Konsonan Melayu kepada orang-orang Cina”, Dewan Bahasa, Oktober, 1974.


  • “Kata Nama Transformasi Generatif Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, DBP, Februari 1975.


  • “Penggandaan Dalam Morfologi Bahasa Melayu”, Dewan Bahasa, Mei, 1976.


  • “Kesalahan Umum dalam Nahu Bahasa Malaysia”, Dewan Bahasa, DBP, Disember 1978.


  • “Beberapa Teksik Mengajar Bunyi Bahasa Malaysia”, Dewan Bahasa, DBP, 1978.


  • “Teknik Keperihalan Dalam Pengajaran Bunyi Bahasa Melayu kepada pelajar-pelajar Asing”, Mei 1979.


  • “Tatabahasa Pegangan”, Dewan Bahasa, DBP, Januari 1980.


  • “Peleburan Semantik Dan Sentuhan Intelektual berbeza-beza dalam puisi”, Dewan Sastera, DBP, keluaran November 2003.


  • Puisi yang berjudul Perangai Kita, Dewan Sastera, keluaran Oktober 2004, Dewan Bahasa Dan Pustaka.
    Antologi Puisi yang berjudul Sinar Masa 2004. Kuala Lumpur: Andera Holding Sdn Bhd.


  • Makalah yang berjudul Mengapa Penulis Muda Dibidas dalam Mingguan Malaysia, 30 Julai, 2005.


  • Makalah yang berjudul Desakan Teks Mengukur Status Kualiti Puisi dalam majalah Dewan Sastera, keluaran Ogos 2005, DBP, Kuala Lumpur.

0 comments: