CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, April 8, 2009

Haaaaiiiiii... Selamat Datang...

11 oktober 1986 lahirlah seorang puteri yang diberi nama Najihah Che Yusof... Kini sudah berusia 23 tahun. Sedang melanjutkan pelajaran di Fakulti Bahasa Moden dan Komuniksi di Universiti Putra Malaysia, Serdang dalam kursus Bahasa dan Linguistik Melayu. Cita-cita ingin menjadi seorang pendidik, sejak dari kecil lagi sehinggalah sekarang cita-cita aku tidak pernah berubah. Harap-harap impian aku dapt dicapai. Mempunyai 3 orang adik-beradik, anak yang ke-2. Kitaorang rapat sangat-sangat pasal dah tak ada orang lain. Aku, adik, abang, ayah dan mak... Di waktu lapang, aku lebih suka menghabiskan masa dengan bersantai untuk merehatkan diri dari segala kepenatan. Negeri kelahiran adalah negeri Terengganu... Itulah serba sedikit tentang aku...Senyum selalu...

KENALI SIAPA DR.ARBAK


Arbak Othaman dilahirkan pad 10.2.1994 di Kampung Sebatu, Melaka, Malaysia. Beliau melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga tahun 1973, iaitu tahun beliau dianugerahi Ijazah Sarjana Muda Sastera dalam bidang Linguistik Tulen. Meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana Sastera dan berjaya lulus Ijazah Sarjana Sastera pada tahun 1978. Sekarang ini beliau bertugas sebagai pensyarah dan menjawat jawatan Profesor Madya di Universiti Putra Malaysia, Serdang, Selangor Darul Ehsan. Hobi utama beliau ialah mendeklamasikan puisi, mencipta puisi dan lirik lagu, menonton persembahan teater dan sayembara lirik lagu.

SUMBANGAN YANG BERNILAI

Antara sumbangan beliau ialah penghasilan 10 buah buku akademik dalam bidang Linguistik dan Tatabahasa. Buku-buku tersebut ialah Pengantar Linguistik , Teori Linguistik, Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu, Pengantar Linguistik Am (bersama Dr. Ahmad Mahmood Munasif) dan Teori Perkamusan (Leksikografi) yang ditulis untuk kegunaan pelajar-pelajar di universiti tempatan. Tatabahasa Bahasa Malaysia diterbitkan pada tahun 1981 oleh penerbit Sarjana Enterprise dan Mengajar Tatabahasa oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1987. Selain itu, beliau juga menghasilkan sebuah Kamus Bahasa Melayu terbitan Fajar Bakti dan lapan buah buku lain untuk kegunaan pelajar sekolah menengah dan pembacaan awam. Buku nahu Bahasa Melayu, Imbuhan Bahasa Melayu dan Cara-cara Mempelajari Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh Fajar Bakti pada tahun 1985 dan buku yang berjudul Pengantar Sintaksis. Buku ini diterbitkan oleh Sarjana Enterprise pada tahun

ANUGERAH YANG DIPEROLEHI



Dr. Arbak Othman juga pernah memenangi Hadiah Sastera 2001 Kumpulan Utusan dalam kategori kritikan sastera bagi tahun 2001/2002. Pada tahun yang sama (2002), beliau juga pernah memenangi hadiah saguhati dalam Sayembara Antologi Puisi Selangor dengan judul Wajah Kemerdekaan. Pada bulan Mei 2004, Dr. Arbak memenangi Anugerah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan bagi kategori Hadiah Utama Kajian Sastera 2003. Selain itu beliau turut memenangi hadiah utama Kencana kategori esei kritikan anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.

ARTIKEL & RENCANA

Pelbagai artikel dan rencana karangan beliau telah ditulis. Hingga kini sebanyak 156 artikel dan rencana telah ditulis oleh beliau. Kebanyakan hasIl tulisan beliau tertumpu pada bidang linguistik dan tatabahasa, aplikasi konsep teori linguistik dalam pengajaran bahasa melayu, termasuk teori perkamusan.Akhir-akhir ini beliau terlibat dengan kajian dan kritikan puisi yang dibuat berdasarkan pendekatan dan kecenderungan linguistik-semiotik. Beberapa hasil kritikan itu diterbitkan dalam Jurnal Dewan Sastera, Jurnal Dewan Bahasa, Majalah Pangsura (Malaysia-Indonesia-Brunei), Jurnal Bahasa, Majalah Akar, Majalah Pemikir (Utusan Melayu Press), Majalah Wadah di Sabah, Akhbar Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan lain-lain.

KARYA KREATIF




Prof Madya Dr. Arbak Othman bukan sahaja terlibat dalam bidang penulisan buku-buku ilmiah malah beliau juga turut serta dalam penghasilan karya-karya kreatif. Beliau telah menghasilkan sebuah novel. Novel tersebut berjudul Dari Dilema Ke Destini. Novel yang berjudul dari Dilema Ke Destini merupakan novel pertama yang diterbitkan oleh Peberbit Pustaka Nusa pada tahun 2002.Selain itu, beliau juga menghasilkan beberapa antologi puisi yang berjudul Peta Cinta. Antologi ini merupakan antologi pertama yang telah diterbitkan oleh Penerbit Pustaka Nusa pada tahun 2001. Penerbit yang sama juga telah menerbitkan sebuah lagi antologi puisi remaja dengan judul Bunga Di Jalan pada tahun 2003, Sinar Masa tahun 2004, Sketsa Kehidupan 2005 dan Suara Gundah Di Bumi Basah 2006 dan Luka Mimpi pada tahun 2007.

Monday, April 6, 2009

SUBJEK YANG DIAJAR


- BBM 3203 FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU
- BBM 3207 PERKAMUSAN